Translate

DAY TOUR TO HISTORIC MELAKA FROM KUALA LUMPUR

MOST BOOKED TOUR FROM KUALA LUMPUR. SUITABLE FOR INDIVIDUALS AND GROUPS
CLICK HERE TO BOOK

Thursday, July 20, 2017

MORE FLIGHTS FLYING INTO MELAKA

Penerbangan Terus AirAsia Dari Melaka Ke Tiga Destinasi Baharu


Tarikh kemaskini: 17/07/2017

MELAKA, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, dijangka memulakan penerbangan terus ke Hanoi, Pekanbaru dan Jakarta menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, antara Oktober dan November ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pihak AirAsia melalui Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya Aireen Omar telah menyatakan komitmen bahawa penerbangan terus ke tiga-tiga destinasi tersebut dijangka direalisasikan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Ini perkembangan yang baik dan percaya menerusi laluan penerbangan baharu ini ia sekali gus memberitahu rakyat Melaka bahawa negeri ini akan menjadi pilihan utama pelancong,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.....

No comments: