Produk kendalian Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) itu bukan sahaja memudahkan pelancong untuk mendapatkan akses ke destinasi tumpuan, bahkan turut menawarkan harga tiket mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, pada tahun ini, permintaan terhadap permintaan Melaka Water Taxi telah meningkat 50 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menunjukkan inisiatif itu semakin mendapat sambutan.

“Peningkatan ini adalah hasil promosi berterusan yang dilakukan di platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan lain-lain.

“Malah, pengunjung dan pelancong juga menyatakan inisiatif ini amat memudahkan mereka, selain tidak perlu menempuh kesesakan untuk masuk ke lokasi tumpuan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut laman sesawang Melaka River Cruise, Melaka Water Taxi menawarkan harga yang amat berpatutan bermula daripada RM1.50 hingga RM15.70 untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak ia bermula pada harga RM1.40 hingga RM14.10 bergantung kepada lokasi.

Perkhidmatan itu menawarkan 14 hentian atau stesen iaitu Taman Rempah, The Pines, Kampung Morten, The Shore, Hang Tuah, Tun Fatimah, Kampung Hulu, RC Hotel, Kampung Jawa, Stadthuys, Hard Rock, Quayside, Samudera dan Casa Del Rio.

Langgani saluran Telegrm kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.